Monday 28 March 2011


Ke arah memahami Negara Islam sebenar
( bende nie paling ramai tak paham )

OLEH DATO' DR HARON DIN

DALAM dunia politik hari ini, berbagai-bagai istilah yang disabitkan dengan pemerintahan telah dicipta oleh manusia, namun kebanyakan mereka bermuafakat tentang istilah, tetapi berbeza pendapat tentang pengertian atau definisinya.

Terdapat pula istilah yang mempunyai makna yang serupa, tetapi mempunyai beberapa perbezaan yang segi amalan dan perlaksanaan. Malah kadang-kadang terdapat yang bertentangan antara satu sama lain. Inilah yang dikatakan 'sama tapi tidak serupa'.


Istilah politik itu sendiri, kebanyakan kita sepakat menggunakan namanya tetapi diberi istilah yang berbeza. Contohnya dalam masyarakat Greek digunakan istilah politik sebagai 'anak watan dan hak-haknya dalam negara'.

Di waktu lain mereka menggunakan istilah politik sebagai pemerintah yang sedang menjalankan urusan pemerintahannya dan terdapat yang menggunakan istilah itu sebagai polisi negara dan tipu muslihatnya. 

***********************
Dalam sistem kita hari ini itulah yang berlaku, iaitu kita menerimapakai istilah politik tetapi memberi pengertian yang berbeza. Ada antara kita yang merujuk politik sebagai ilmu pengetahuan berkenaan cara pemerintahan kepada dasar dan polisi sesebuah negara, ada yang merujuk kepada suatu kaedah yang dipergunakan oleh pemerintah sebuah negara dan hubungannya dengan negara lain.

Politik juga dikaitkan dengan kelicikan dan maslahat sesuatu tindakan.
Kalaulah istilah politik itu sudah bercelaru apatah lagi dengan istilah demokrasi yang sama istilahnya tetapi mempunyai pengertian yang amat berbeza.
Demokrasi adalah sistem pemerintahan yang dipilih rakyat melalui wakil-wakil mereka. Ada yang mengatakan pemerintahan rakyat untuk rakyat dan tidak kurang yang mengatakan demokrasi itu adalah kuasa rakyat untuk rakyat.
Kalau itulah realitinya, maka demikian pula dalam menggunakan istilah Negara Islam, memang sesuatu yang telah menjadi lumrah dan dipergunakan secara berleluasa oleh banyak pihak termasuk Umno dan Barisan Nasional (BN).

Namun apakah pemahaman sebenar mereka terhadap penggunaan istilah Negara Islam itu? Mereka begitu mudah menerimapakai istilah Negara Islam dengan hanya merujuk kepada pemerintah dan majoriti rakyatnya beragama Islam.
Jika itulah pemahaman mereka, maka seluruh negara umat Islam hari ini terutamanya yang menganggotai Persidangan Negara-negara Islam (OIC), tanpa kecuali semuanya adalah Negara Islam.
Akan tetapi realitinya tidak demikian kerana negara yang mengistiharkan mereka sebagai Negara Islam hanya beberapa buah sahaja, namun boleh dipertikaikan adalah mereka itu Negara Islam sebenar.
Istilah Negara Islam sebenar tidak boleh lari dari apa yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. Negara Islam yang ulung ditubuhkan di Madinah dalam tahun 623M bersamaan dengan tahun ke 2H.
Negara Islam Madinah adalah contoh benar yang perlu difahami dan dihayati maknanya. Dalam hubungan ini Allah SWT berfirman dalam Surah al-Ahzab, ayat 21, mafhumnya:

"Sesungguhnya telah ada pada perbuatan Rasulullah itu contoh teladan yang amat baik bagimu..."

Sebagai muslim, tiada contoh yang lebih baik dalam lapangan kehidupan melainkan yang diambil dan ditiru dari perbuatan Rasulullah.
Dalam hal ketatanegaraan, Nabi Muhammad telah menunjukkan contoh seperti yang diperintah kepadanya oleh Allah SWT. Dengan sifat-sifatnya yang jelas seperti yang ditunjukkan dalam Surah al-Hajj, ayat 41 yang mahfumnya:

"Orang-orang yang Kami perteguhkan kedudukan mereka di muka bumi (pemerintah Negara Islam), mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang maaruf dan mencegah dari perbuatan mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan (berserah dan bertawakkal)."

Ayat ini, jika dirujukkan kepada tafsir al-Quran yang muktabar, diberi pengertian yang mendalam dengan merujuk kepada makna yang falsafi di setiap perkataan ayat itu.
Dalam tafsir al-Maraaghi misalnya, perkataan mendirikan solat, dihurai sebagai mentaati perintah Allah SWT dan melaksanakan hukum-hukum Islam dengan sebaik mungkin.

Solat itu sendiri adalah lambang kepatuhan mutlak kepada Allah SWT, meskipun perintah solat itu tidak difahami bersungguh-sungguh seperti mengadap kiblat, mengangkat tangan takbir, qiam tangan, tunduk rukuk, bangun, sujud dan sebagainya, tidak semestinya difahami tujuan perbuatan itu dipatuhi, namun solat seperti yang diperintahkan Allah mesti dilakukan sepenuhnya.
Sekiranya sengaja meninggalkan satu rukun sahaja, maka tidak sah didirikan solat itu.
Lambang pemerintah bersolat adalah lambang kepatuhan mutlak kepada Allah SWT, baginda Rasulullah s.a.w telah melakukannya. Negara Islam Madinah telah melaksanakan syariat Allah sepenuhnya, meskipun baginda sedar bahawa masyarakat Madinah bukannya Islam sahaja tetapi masyarakat majmuk.
Namun Islam tetap ditegakkan dengan tidak ada alasan untuk berdolak dalik. Negara Islam mestilah menyanjung perintah Allah dengan sebaik mungkin.
Mengeluarkan zakat diertikan dengan penjagaan rakyat sebaik mungkin dengan mengajak mereka mentaati perintah Allah, mencegah dari melakukan syirik dan perkara-perkara kejahatan.
Ia juga bertujuan untuk menjaga kepentingan masyarakat bawahan untuk mengatasi masalah mereka kerana falzafah zakat adalah jelas seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w, 

"Ambillah dari mereka yang berada (kaya) untuk dibahagikan kepada golongan yang tidak berada (susah).

Kerana itulah Saidina Abu Bakar as-Siddiq, memandang serius masalah zakat ini, sehingga semasa beliau memerangi mereka yang enggan membayar zakat sehingga mereka tunduk semula kepada hukum Allah. Ini adalah keperluan dan kemaslahatan ummah yang wajib dijaga dengan sebaik-baiknya.
Seterusnya, pemerintah Islam hendaklah menegak yang maaruf dan membasmi yang mungkar. Apalah ertinya Negara Islam jika pemerintahnya asyik memerangi yang maaruf dan menegakkan yang mungkar.
Perkara maaruf yang jelas ialah seperti melaksanakan hukum-hukum Allah, seperti yang terkandung dalam hukum hudud, qisas, takzir dan sebagainya.
Hukum menutup aurat tidak boleh dipandang ringan dan remeh seperti yang ditunjukkan Allah dalam Surah an-Nur ayat 31 dan telah dilaksanakan oleh baginda Rasullah dengan sepenuhnya.
Perkara mungkar adalah jelas seperti arak, judi, pembinaan tugu, tenung nasib, adalah di antara yang nyata mungkarnya berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 90. Semuanya wajib dibasmikan termasuk mungkar-mungkar lain.
Bagaimana boleh wujud dalam Negara Islam perkara-perkara yang jelas bertentangan dengan hukum Allah, bolehkan Negara Islam mempertahankan hal-hal yang sedemikian yang seolah-olah mencabar hukum Allah, atau sekurang-kurangnya melawan hukum Allah dengan keengganan mematuhinya.Menentang dan melawan hukum Allah, telah dijelaskan hukumnya oleh Allah SWT dalam Surah at-Taubah, ayat 63 yang mafhumnya:

"Tidakkan mereka mengetahui bahawa mereka yang menentang hukum-hukum Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya neraka Jahanam lah tempat balasan, mereka kekal abadi di dalamnya. Itu adalah kehinaan yang amat besar."


( totnton lah sendiri dan ambillah pengiktibarannya )
Negara Islam adalah negara yang mendaulatkan syariat Allah SWT, menyanjung dan melaksanakan hukum-hukum Allah dan mencari jalan sebaik mungkin dengan menyakinkan semua pihak muslim dan non-muslim bahawa syariat Allah adalah untuk kebaikan insan sejagat.
Pemerintah Islam tidak seharusnya mencari alasan yang tidak munasabah untuk sengaja memerangi maaruf dan menegakkan kemungkaran.
Pemerintah Islam bertanggungjawab meyakinkan semua pihak bahawa Islam itu agama Allah dan hukum-hukum Islam itu didatangkan oleh Allah kepada manusia untuk kesejahteraan sejagat.
Akhirnya, negara Islam berpandukan kepada Surah al-Hajj ayat 41 yang saya telah huraikan tadi, adalah negara yang bertawakkal kepada Allah, bergantung dan berserah diri kepada-Nya setelah sesuatu tindakan dibuat dengan rapi berdasarkan perintah Allah, maka Allah lah yang akan menentukan segala-galanya.
Oleh yang demikian, maka suburkanlah jiwa bertawakkal kepada Allah dengan memohon petunjuk-Nya demi melaksanakan perintah-perintah bagi menuju dan menghasilkan sebuah negara yang aman bahagia di samping Allah yang Maha Pengampun.


( saksikan perdebatan antara HAK dan BATIL )


PAS...ISLAM....dan..POLITIK

Lujnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat

Pihak musuh menuduh bahawa PAS menggunakan agama untuk kepentingan politik

***********************
( Mukadimah Ini perlu dibaca untuk penjelasan yang mendalam sebelum membaca bahagian DUA ) 
kalau tak bace ..tu lah yang jadi masalah...hentam PAS membabi buta..

( bahagian 1 )


Tuduhan yang demikian mendedahkan bahawa mereka adalah jahil tentang hakikat Islam ataupun pemikiran mereka dipengaruhi oleh idea gerakan musuh Islam yang sentiasa berusaha mengelirukan umat Islam tentang hakikat agamanya, supaya dengan itu mereka akan dapat melemahkan umat Islam dan menguasainya.

Sejarah membuktikan bahawa kuasa penjajah tidak pernah mengalahkan umat Islam ketika mereka berpegang teguh dengan ajaran agamanya.
Sejarah juga menceritakan umat Islam telah ditewaskan oleh musuh Islam yang berlaku di Sepanyol apabila para pemerintah pada masa itu mabuk dan begitu bermegah dengan pembangunan dan kemajuan yang dicapai tetapi cara hidup masyarakat dan sistem pemerintahan mereka telah lari jauh dari ajaran Islam.

Suara sumbang yang cuba menyisihkan politik dari Islam sebenarnya pernah disuarakan oleh seorang hakim Mesir lepasan Al-Azhar yang bernama Syeikh Ali Abdul Raziq di abad ini.
Ali Abdul Raziq yang menjadi tali barut Inggeris telah menulis dalam bukunya Al-Islam wa Usul Al-Hukm yang secara jelas telah memisahkan urusan negara dari agama.

Pihak Inggeris telah menterjemahkan buku tersebut ke beberapa bahasa, kerana diyakini buku itu akan dapat mempengaruhi minda umum yang akhirnya melemahkan inspirasi rakyat pada masa itu yang berjuang menegakkan Islam dan mahu Inggeris keluar dari negara mereka.
Pandangan Syeikh Abdul Raziq tadi telah ditentang oleh semua ulama Al- Azhar pada masa itu dan seterusnya ijazah yang dianugerahkan kepadanya ditarik balik oleh Al-Azhar manakala idea-idea yang ditonjolkannya tentang pemisahan agama dari negara telah juga disanggah oleh tokoh-tokoh ilmuan di dalam buku-buku mereka, seperti Profesor Dr Abdul Hamid Mutawalli "Mabadi Nizam Al-Hukm Fil-Islam.
Profesor Muhammad Dhiyauddin al-Rais" Nazariat al-Siyasah Al-Islamiyyah. Profesor Dr Muhammad al-Bahi "Pemikiran Islam Moden dan hubungannya dengan penjajah Barat.

Pada hujung 70-an lahir pula beberapa penulis cuba menimbulkan kembali idea lama Abdul Raziq yang pernah ditolak. Mereka ialah Dr Muhammad Ammarah yang membawa idea tentang pemisahan agama dan politik.
Dr Selamat Musa yang pemikirannya terpengaruh dengan ajaran Kristian di dalam beberapa penulisannya telah berkali-kali menegaskan tentang dasar pemisahan negara dan politik dari agama.
Mengikut pandangannya agama diturunkan untuk tujuan kesejahteraan manusia di dalam penghidupan mereka di dunia, maka ianya tidak wajar dijadikan sebagai penghalang kepada aktiviti manusia di dalam hidup bermasyarakat dan negara.
Dr Selamat seterusnya mengemukakan pandangan bahawa apabila agama dicampur adukkan dengan politik, maka sudah semestinya agama tadi diperalatkan untuk kepentingan politik dan negara.

Seterusnya beliau menyatakan sikap taasub (fanatik) dan tidak bertolak ansur adalah natijah dari penglibatan ahli agama dalam politik dan mencampur adukkan di antara urusan agama dengan politik (Lihat Dr Abdul Azim Faudah "Al-Hukm Bima Anzalallah")
Pandangan di atas sebenarnya diceduk dari apa yang telah disuarakan dikurun pertengahan yang menuntut supaya dipisahkan gereja dan negara di Eropah. Tuntutan di atas adalah berpunca dari peranan gereja yang menguasai masyarakat tetapi gagal mengatasi masalah yang dihadapi oleh masyarakat.
Ini adalah berpunca dari ajaran kristian itu sendiri yang menumpukan kepada persoalan kerohanian dan mengabaikan persoalan keduniaan dan negara.
Keadaan berbeza sekali dengan hakikat Islam. Islam adalah agama yang syumul, yang merangkumi semua aspek penghidupan rakyat dan masyarakat, yang melibatkan perkara-perkara berhubung dengan aqidah, ibadat, akhlak, kemasyarakatan, undang-undang, politik dan negara.
Apabila sistem perundangan Islam menentukan dasar pemerintahan dan politik negara, ia tidak memberi laluan secara mutlak kepada para pemimpin seperti khalifah atau Amirul Mukminin untuk melakukan sesuka hati. Mereka adalah wajib tunduk kepada hukum dan dasar yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Para khalifah dan pemimpin yang mengendalikan urusan politik negara pada hakikatnya adalah alat untuk kepentingan agama.Dalam hubungan ini ingin diperingatkan bahawa bila kita bercakap tentang politik dan agama maka kita hendaklah mengenal pasti tabiat agama Islam dan agama lain terlebih dahulu.
Untuk membezakan yang mana satu agama dan yang mana satu politik di dalam perspektif Islam adalah merupakan sesuatu yang sukar.
Maka dengan sebab itu semua ulama Islam menegaskan Islam adalah agama dan negara. Syeikh Mahmud Syaltut, Syeikh Al-Azhar sendiri mengatakan Islam Ad-Deen wa Daulah" (Islam adalah agama dan negara).
Adalah perlu difahami bahawa setiap apa yang berkaitan dengan aqidah dan ibadat adalah agama, maka ia boleh dinamakan siasah Islam dalam ibadat, dan setiap perkara yang berkaitan dengan akhlak dan pendidikan adalah agama maka ia boleh dinamakan siasah Islam dalam pendidikan dan akhlak.
Setiap perkara yang berhubung dengan muamalat adalah agama maka ia boleh dinamakan siasah Islam dalam ekonomi dan masyarakatan, dan setiap perkara yang berhubung dengan sistem pemerintahan dan pentadbiran ummah di dunia juga agama maka ia adalah dinamakan sistem pemerintahan Islam dan pentadbiran negara (Lihat Dr Abdul Azim Faudah)
Konsep di atas memberi maklumat kepada kita bahawa ikatan agama dan negara merupakan satu salutan yang kukuh dan mantap.
Ia lebih merupakan ikatan di antara asas bangunan dengan bangunan itu sendiri. Agama adalah asas bagi negara dan pergarah tujunya.
Adalah tidak mungkin terbayang tertubuhnya sebuah negara tanpa agama dan tidak mungkin juga wujudnya agama tanpa berperanan dalam mengendalikan urusan masyarakat, dan politik negara, kerana kiranya hal ini tidak wujud atau diwujudkan maka tidak akan wujud apa yang dinamakan Islam. (Lihat Syeikh Mahmud Syaltut; Min Taujihat al-Islam)
Pihak Al-Azhar dalam siri penerbitannya "Haza Bayan lilnas" (Ini adalah Penjelasan Untuk Orang Ramai)secara tegas menyatakan: "Islam menyeru supaya wajib ditegakkan negara Islam bagi setiap masyarakat seperti mana yang berlaku di zaman Nabi s.a.w. dan para khulafa al-Rasyidin selepasnya. Dan dasar ini telah pun disepakati (ijma') oleh para ulama bagi setiap generasi."

Ibnu Taimiyyah di dalam bukunya "Assiyasah al-Syariyyah" menyatakan: Mengendalikan urusan orang ramai (rakyat) adalah kewajipan agama yang besar, dan agama tidak mungkin ditegakkan kecuali dengan kekuasaan memerintah.
Di dalam buku Ghiyas al-umam ditegaskan: Apabila menyempurnakan jenazah orang mati dikira sebagai fardu kifayah, maka mengendalikan urusan hidup mereka adalah lebih penting dan utama.... sesungguhnya Islam begitu sekali memerlukan kerajaan yang dapat berfungsi menegak dan memelihara agama, maka mewujudkan kerajaan Islam adalah sesuatu yang wajib untuk tujuan mengawal aqidah, mendirikan solat dan menghukum mereka yang meninggalkan rukun Islam, juga untuk tujuan mengawal negara, manusia dan kehormatan mereka (hudud) juga melakukan jihad, mendidik umat Islam, dan menegakkan sistem politik, ekonomi dan kebudayaan Islam. (Lihat Dr Mustafa Farghali: "Fi wajh al-Muamarah `Ala Tatbiq al-Syariah al-Islamiyyah")
Mengikut Al-Mawardi di dalam bukunya "Al-Ahkam al-Sultaniyyah" bahawa kerajaan Islam yang dikendalikan oleh khalifah selepas Rasulullah s.a.w. adalah berperanan menguruskan urusan umum negara yang melibatkan perkara agama dan dunia sebagai penyambung kepada tugas nabi.  Al-Mawardi seterusnya mendefinasikan tugas khalifah adalah memelihara agama dan menjalankan politik harian (Assiyasah al-dunia) dengan berasaskan agama.....

*******************************************
( bahagian 2 )

Berdasarkan kepada fakta di atas PAS telah menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya dan untuk mencapai matlamatnya PAS telah, sedang dan akan terus berpandu serta mendukung dasar Islam dalam usahanya mewujudkan sebuah masyarakat dan negara yang di dalamnya terlaksana hukum Allah. Bila menyentuh mengenai agama dan negara maka sudah semestinya akan melibatkan persoalan politik.

Dan dalam kontek ini PAS tidak ada pilihan lain kecuali melibatkan diri dengan sistem politik kepartian yang diwujudkan dinegara ini demi mencapai matlamat yang diperjuangkan selama ini.
Oleh kerana matlamat PAS adalah mewujudkan masyarakat yang dilaksanakan hukum Islam secara syumul di dalamnya, maka sudah sewajarnya landasan yang dilalui oleh PAS di dalam perjuangannya adalah Islam.

Maka PAS telah menonjolkan identitinya sebagai parti politik Islam sejak 44 tahun dulu.
Di sinilah wujudnya perbezaan di antara PAS dan parti-parti lain di negara ini di mana matlamat mereka bukan untuk penubuhan negara dan masyarakat Islam a.k.a.....UMNO, maka memang sewajarnya mereka tidak menamakan Islam di dalam parti politik mereka.
Kiranya mereka juga mengambil nama Islam maka ia sudah pasti merupakan 
keganjilan dan bahan ketawa.

Pihak Umno selalu berhujah, bila PAS mendakwa ia sebagai parti Islam, maka seolah-olah mereka sahajalah yang berjuang Islam.
Bagaimana dengan orang Islam yang lain seperti Umno yang juga berjuang Islam? Penggunaan nama Islam bukan bererti penafian mutlak ke atas hak orang lain yang beragama Islam, kerana melaksanakan tuntutan Islam berbeza di antara individu dan juga kumpulan.
Ada individu yang melaksanakan tuntutan Islam di tahap minima dan apa pula di tahap maksima.

Begitu juga dengan parti politik. Ada parti politik yang meletakkan dasarnya untuk melaksanakan Islam secara syumul dan ada parti politik yang tidak berbuat demikian.
Maka bagi mereka yang menolak perlaksanaan Islam secara syumul tidak seharusnya membuat kecoh.

Mereka juga boleh menambah perkataan Islam di dalam parti politik mereka. Sebagai contoh: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu boleh ditambah perkataan Islam di dalamnya seperti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Islam Bersatu (PERKEMIBAR) atau Umno diubah kepada UIMNO" (United Islamic Malay National Organisation)
Persoalannya, PAS memakai nama Islam dalam gerakan politik adakah salah atau haram dari segi hukum syara'. Adakah di sana terdapat nas-nas yang sahih melarangnya berbuat demikian.

Apa yang perlu diingati bahawa menegakkan negara Islam bukanlah merupakan salah satu rukun Islam, tetapi ia adalah suatu yang wajib dilakukan dan sebahagian dari fardhu kifayah.
Oleh kerana ia fardhu kifayah kewajipan ini akan gugur dari semua rakyat bilamana ada kumpulan yang mewujudkannya.
Sekiranya tidak ada sesiapa yang mewujudkan atau berusaha ke arah itu, maka seluruh rakyat akan menanggung dosa
 (Dr Mustafa Farghali al-Shuqairi: Fi Wajh al-Muamarah `Ala Tatbiq al-Syariah al-Islamiyyah).
Dalam hubungan ini seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam hendaklah bersyukur kerana dengan penglibatan PAS bagi mewujudkan negara dan masyarakat Islam di mana hukum Allah dilaksanakan di dalamnya telah menolong menyelamatkan mereka dari dosa kerana tidak melaksanakan fardhu kifayah.
Oleh kerana mewujudkan negara Islam adalah wajib maka kewajipan ini tidak akan terlaksana kecuali melalui perantaraan gerak kerja yang teratur dan releven yang dikenali sebagai organisasi politik (dalam kontek hari ini).
Adalah tidak salah jika dikatakan mendukung politik Islam dengan tujuan mewujudkan negara dan masyarakat Islam adalah wajib. Pandangan ini adalah diasaskan kepada kaedah fiqh:
"Apa yang tidak boleh disempurnakan sesuatu yang wajib kecuali dengan (perkara lain) maka perkara lain tadi juga dikira sebagai wajib."


Dasar Islam Dalam PAS

1. Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.
2. Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
3. Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan Sunnah Rasul-Nya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.
4. Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslamanan dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.
5. Memupuk dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.
6. Mengajak dan menggalakkan badan-badan pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali, memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.
7. Memperjuangkan wujudnya kehidupan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.
8. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia.

Dasar di atas adalah terkandung di dalam perlembagaan PAS.

Adakah dasar serupa terkandung di dalam perlembagaan Umno yang mendakwa mereka lebih betul dan tepat memperjuangkan Islam?

Baha'iyah....

Nama agama Baha'iyah di ambil sempena nama Baha'ullah. Kadangkala dinisbahkan kepada gelaran pengasasnya al-Babiyah. 


Antara kesesatan ajaran yang dibawa oleh Baha'ullah: 
1 . Membawa kesesatan yang sama dengan gurunya Mirza Ali. Dan Beliau mengaku bahawa kedudukan dirinya setaraf dengan gurunya. Bahkan didakwa lebih agung dari gurunya.
2 . Beliau mengaku bahawa Tuhan telah menjelma di dalam dirinya. Beliau adalah sebagai penyempurna ajaran yang telah dibawa oleh gurunya.
3 . Beliau menggelar dirinya sebagai `Mazharullah' atau `Manzhurullah'. Iaitu Tuhan menjelma dalam pemunculannya dengan keelokan zat ketuhanan, di mana keelokan itu tidak dapat ditandingi oleh kecantikan wajah perempuan. Dari itu, para pengikutnya melihat Baha'ullah bukan sebagai manusia biasa.
4 . Beliau telah membukukan ajaran syiriknya. Di dalamnya menentang Al-Qur'an dan buku gurunya al-Bayan. Buku yang paling terkenal ialah al-Aqdas. Antara dakwaan sesat yang terkandung di dalam buku berkenaan:
a . Isikandungannya diwahyukan Allah kepadanya.
b . Beliau kekal bersama kekalnya zat Allah.
c . Buku berkenaan mewakili seluruh ilmu ketuhanannya, tetapi masih ada ilmu lain yang khusus diberikan kepada para sahabat pilihannya. Selain dari mereka tidak ada yang dapat menerima dan mempraktikkan ilmu kebatinan ini.

Antara seruan Baha'ullah yang penting ialah: 


1 . Beliau berpendapat bahawa apa yang diserukannya merupakan agama baru yang bukan Islam.
2 . Membuang semua ikatan keislaman, sehingga aliran ini tidak ada kena mengena dengan agama Islam.
3 . Ia menyamaratakan semua manusia yang berlainan warna kulit, agama dan isi ajarannya.
4 . Beliau mencipta undang-undang keluarga baru serta menentang undang-undang keluarga Islam.
5 . Beliau menghapuskan sembahyang berjamaah kecuali sembahyang jenazah.
6 . Ka'bah bukanlah kiblat para pengikutnya. Kiblat mereka ialah tempat di mana Baha'ullah duduk.
7 . Hukum-hakam syarak dalam jual beli dibatalkan oleh beliau.
8 . Beliau menyerang para ulamak Islam, para pendeta Kristian dan Yahudi. 

***************************

Kematian Baha'ullah dan Penggantinya 
Baha'ullah mati pada bulan May tahun 1892. Agamanya Baha'iyah telah diganti oleh anaknya Abbas Afandi. Beliau digelar sebagai Abdul Baha' atau Ghusn A'zhom
 (cabang mulia). 


Abbas tidak seperti ayahnya yang mengajarkan ajaran penjelmaan tuhan di dalam diri. Beliau lebih menumpukan kajian terhadap kita-kitab suci Yahudi dan Kristian untuk dipelajari. 

Jika Mirza Ali Muhamad sebagai pengasas agama Baha'iyah telah menghancurkan Islam atas nama pembaharuan, maka penerusnya iaitu Baha'ullah telah menyempurnakannya dengan mengingkari dan membuang seluruh ajaran Islam. Manakala Abbas pula merasakan tidak cukup dengan hanya membuang ajaran Islam, lalu beliau pergi kepada kitab-kitab suci Yahudi dan Kristian untuk mengambil ajarannya sebagai ganti dari al-Quran. 

Siapakah Penganut Agama Baha'iyah 
Oleh kerana Abbas menyandarkan agama Baha'iyah kepada kitab suci Yahudi dan Kristian, maka ramailah penganut-penganut agama Yahudi, Kristian dan Majusi yang terpengaruh dengannya. 


Guru pertama dan kedua agama Baha'iyah telah gagal dan kecewa mempengaruhi kaum muslimin. Dan guru ketiganya telah beralih arah untuk mempengaruhi para penganut agama Yahudi, Kristian dan Majusi. 

Pusat Agama Baha'ullah 


Agama Baha'ullah telah berkembang di Amerika Syarikat. Markaz utamanya ialah di Chicago.

Pandangan Islam Terhadap Agama Baha'iyah
1 . Agama Baha'iyah adalah satu agama baru yang tidak ada kena mengena dengan Islam. Ia bukan satu mazhab dari mazhab-mazhab Islam, samada mazhab yang benar atau yang sesat.

2 . Berdasarkan kepada isikandungannya yang mengandungi kesyirikan, maka sesiapa yang mempercayainya dianggap telah murtad dari agama Islam - Na'uzubillahi Min Zalik.

3 . Islam adalah agama yang berdasarkan kepada prinsip tauhid kepada Allah yang Maha Esa. Islam menolak dengan tegas fahaman syirik seperti Allah menjelma di dalam diri seseorang.

4 . Nabi Muhamad adalah penutup segala rasul-rasul. Tidak ada rasul yang akan dibangkitkan selepas itu. Dengan berakhirnya pengutusan rasul dan nabi, maka berakhir juglah penurunan wahyu dari Allah Taala. Oleh itu barangsiapa yang mendakwa dirinya sebagai rasul atau menerima wahyu dari Allah, maka dakwaan itu adalah dakwaan yang paling dusta.

5 . Al-Quran adalah penutup segala kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah. Ia adalah mukjizat tentang kebenaran pengutusan Muhamad sebagai Rasulullah. Al-Quran adalah terpelihara dari penyelewengan sehingga hari kiamat. Undang-undang dan hukum-hakam yang ada di dalamnya sesuai untuk setiap zaman dan keadaan. Ia tidak boleh diubah oleh sesiapapun. Oleh itu barangsiapa yang mendakwa bahawa ada kitab suci lain setelah al-Quran, maka dia adalah pendusta. Begitu juga dengan mengingkari salah satu dari hukum-hakamnya, maka dia telah terkeluar dari ajaran Islam yang suci.

6 . Segala ilmu mengenai tauhid dan syariat Islam telah sempurna diturunkan oleh Allah melalui perantaraan nabi Muhamad s.a.w.

Oleh itu adalah tidak benar jika ada orang yang mendakwa bahawa ada ilmu lain mengenai tauhid dan syariat yang tidak diberitahu kecuali orang-orang tertentu sahaja. Dan Rasulullah s.a.w. sendiri adalah bersifat dengan sifat Tabligh dan Amanah. Tidak mungkin Baginda s.a.w. menyembunyikan syariat Allah dari pengetahuan umatnya.

7 . Sebagai umat Islam, kita hendaklah sentiasa berpegang teguh kepada isi ajaran al-Quran dan Sunnah NabiNya. Kita tidak boleh mensyirikkanNya, menerima sebahagian serta mengingkari sebahagiannya, atau menolak semuanya.

8 . Sentiasalah berusaha dan berdoa agar Allah tidak memesongkan keimanan kita

Mutiara Kata....Bagi Insan BERCINTA

"Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat"

***************************************

"Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan"

********************************

"Keagungan peribadi anda terletak pada kesedian anda untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat"

********************************

"Tiada gunanya 1000 janji janji manis yang dilafazkan sekiranya kau selitkan sekali kata-kata dusta yang kau akhiri dengan kemaafan"

*********************************

"Seandainya hidup ini punca perpisahan… biaralah kematian menyambungnya semula, tapi seandainya kematian punca perpisahan… biarlah hidup memeberi erti yang nyata"

*********************************

"Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata adalah untuk memiliki dengan sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran dan perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda"

Sunday 27 March 2011

...Pengakhiran Satu Permulaan....

Zaman perskolahanlah zaman yg sangat2 aku sayang n rindu. Namun segalanya harus dan adakalanya wajib kita tinggalkan bagi meniti satu permulaan yang baharu dengan berbekalkan pgalaman dan nasihat guru serta sahabat2 kita di sekolah dulu. SM Sains Tuanku Jaafar.......tetap berada dalam ingatan aku walaupun ada sahabat-sahabatku yang langsung tak nak pulang semula ke sekolah bila dah abis SPM . Tapi bagi aku aku tak kesah pon kerana...walau apa pun yang dorang katakan..sekolah nie lah tempat aku mengenal dan menjadikan diri aku seperti ini...dan alhamdulillah kerna dengan izin Allah...aku dtemukan dengan guru yang baik n ade yang ‘caring’ sangat2 kat student...tapi ade jugak cikgu2 yang tak memahami studentnyer mngkin takde pengalaman atau tension ngan kerje yang dtang menggunung.....

Sekolah ku tempat aku mengenal tuhan Ku yang Esa..dan tempat ku mengenal kejahatan yang menggoda..tapi kedua2 nya harus difikir masak2 ..yang mane akan jadi pilihan hati kelak....
Dalam blog aku nie..memang aku nak citerkan segalanyer tentang pengalamn aku kerna nilah satu2 nyer care meluahkan perasaan naman ianya ada batasannya.....akan ku kembali kesekolah dengan harapan dapat ku temu semua guru yang mendidik ku hngga jadi manusia....kerna aku berpegang pada satu kata pujangga...biarkan mati adat..tetapi jangan mati hormat . SM Sains Tuanku Jaafar menjadi tempat dimana Allah SBT menurunkan rahmat dan berkat nya untuk aku menuntut ilmu akhirat dan dunia...............biarkan masa berlalu dengan arusnya dan aku akan menyusur di celah waktu bagi membaiki kekhilafan diri...