Friday 8 April 2011

Konspirasi Dunia- Adakah Bulan Sabit dan Bintang Lambang Islam?


Bulan Sabit.....Bintang 5.....
ADAKAH LAMBANG ISLAM ?

Adakah ini lambang sebenar Islam? Bagaimana umat Islam disihir dengan dahsyatnya
pada zaman sekarang? Sila baca artikel ini selanjutnya untuk mengetahui apa
sebenarnya yang sedang berlaku di sekeliling kita.

Saya mulakan artikel ini dengan petikan ayat dari Al-Quran.


Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang
dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal
Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi
puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang
mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut
dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang
pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:

Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah
engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)'. Dalam pada itu ada juga orang-orang
mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang
suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi
mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin
Allah.
Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan
tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi
itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi
mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang
mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

*****Al-Baqarah 102*****

Berdasarkan ayat di atas dan tajuk artikel ini, apa yang dapat anda semua kaitkan? Buka
mata, buka hati. Insya Allah anda akan dapat mengungkaikan puzzle ini. Setelah
kewafatan Rasullulah s.a.w dan berakhirnya zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rashidin,
umat Islam sebenarnya telah disihir dengan teruk oleh musuh nombor 1, yang telah
sekian lama diberikan amaran oleh Rasullulah s.a.w.

Siapakah yang dimaksudkan itu?
Sudah tentulah Dajal/The Antichrist dan konco-konconya


'Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus
asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah
supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.' 
(Muhammad Bin Abdullah- 9HB. ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRIYAH DI LEMBAH URANAH,
BUKIT ARAFAH.)

Bagaimana umat Islam sebenarnya disihir? Pernahkah anda semua melihat lambang
bulan sabit dan bintang di sekeliling? Dari mana lambang itu berasal? Dan mengapakah
lambang itu dipilih? Siapakah yang memilih lambang itu?
Adakah Rasullulah s.a.w dan sahabat menggunakan lambang tersebut untuk agama
Islam? Adakah ada disebutkan di dalam mana hadis atau ayat Al-Quran supaya menggunakan lambang tersebut sebagai lambang agama Islam yang suci ini? 
Ohhh, semestinya tidak!

Sabda Rasullulah:

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku."

Jadi dari manakah asalnya penggunaan simbol bulan sabit dan bintang ini yang
terdapat di mana-mana sekarang, termasuklah bendera-bendera negara dan negeri...


Sebenarnya simbol ini telah diperkenalkan oleh Sultan Muhammad II ke dalam bendera
kerajaan Uthmaniyyah setelah penaklukan Kota Istanbul (Constantinople) pada 1453
Masihi. Lambang Bulan dan Bintang itu adalah lambang bagi Kota Constantinople
(Istanbul) yang sebelum itu berada di bawah kekuasaan Empayar Rom sejak sekian
lama.
Sebelum dikenali dengan nama Constantinople, kota tersebut terlebih dahulu dikenali
sebagai Byzantium. Byzantium diambil sempena nama Raja Byzas (663 SM) dan
dijadikan ibu negara untuk Empayar Byzantine sebelum empayar tersebut tewas kepada
kerajaan Uthmaniyyah pada 1453 Masihi. Bulan sabit telah dijadikan simbol kota
tersebut untuk didedikasikan kepada 
Dewi Artemis (Hunt God).


Lambang bintang pula ditambah sebagai simbol kota selepas kematian Maharaja
Constantine pada 337 Masihi dan nama Byzantium telah ditukar kepada Constantinople
sebagai tanda memperingati maharaja Constantine. Lambang itu adalah dari simbol
Dewi Ishtar (Star iaitu bintang dalam bahasa Inggeris diambil dari perkataan Ishtar ini).
Dewi Ishtar ialah tuhan kesuburan, kasih sayang, peperangan dan seks bagi kaum
Babylon purba. Ada juga pendapat mengatakan lambang bintang ini diambil dari Star
Of Virgin Mary kerana agama Kristian telah menjadi agama rasmi empayar Rom
dengan Persidangan Nicea pertama pada 335 Masihi dan Persidangan Constantinople
pada 381 Masihi. Dan sejak dari itu Bulan Sabit dan Bintang telah menjadi lambang
rasmi untuk kota tersebut.

Pada zaman Rasullulah dan Khulafa Ar-Rasyidin (632-661 Masihi) tidak pernah ada
lambang untuk agama Islam. Al-Quran juga tiada menyebutkan hal tersebut. Rasullulah
hanya menggunakan panji-panji perang yang sangat sederhana dan hanya satu warna
sahaja samada putih, hijau atau hitam. Tiada lambang bulan dan bintang seperti di
kebanyakan negara Islam sekarang.
Adakah simbol ini hanya digunakan untuk agama Islam sahaja? Oh, tidak sama sekali.
Ia juga digunakan oleh Freemason!


Ini ialah simbol DeMolay International iaitu salah satu cabang Freemason. Diambil
dari Grand master terakhir Knight Of Templar iaitu Jacques DeMolay.


 Di lukisan purba Freemason


Di Lodge Freemason


Jata Kerabat Diraja Poland (bkan Palong ehh)

Jata Negara Croatia

 
Zoom sikit kat lambang nieh..

Kita selalu pening memikirkan 'Kenapa umat Islam susah nak BERSATU' bukan? Sejak
kejatuhan institusi khilafah Uthmaniah, tanah umat Islam berjaya dipecahkan malahan
kekal terpisah hampir seabad lamanya!

Acapkali kita melihat dari skop mata zahir, lupakah kita bahawa dunia adalah suatu
fatamorgana yang memperdaya? Tidak terfikirkah seorang dari kita bahawa kita sedang
DISIHIR oleh Dajjal melalui tenteranya yang melata di bumi? Dengan izin Allah, sang
Pemfitnah berjaya dan terus berjaya?
Tiada satu mata pun dikalangan Muslim yang mengetengahkan ehwal ini lantaran apa?
Remeh? Tidak membawa Islam kemana-mana? Khurafat? Tahyul?

JANGAN LUPA, JIKA ANDA PERCAYA BAHAWA SYAITAN ITU MUSUH 
YANG NYATA, SEGALA YANG DIBAWA BERSAMANYA SEPERTI SIHIR, 
MAGIK (SILAP MATA), & TIPU DAYANYA JUA ADALAH NYATA DENGAN 
IZIN ALLAH.

Lupakah anda sumpah keramat Azazil setelah dia dihalau keluar dari Syurga Allah???

Iblis berkata: 
'' Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka)
demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. 'Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik''.

Al-Hijr 39-40

Lihatlah di sekeliling kita sekarang di masjid, sejadah dan hiasan bercorak Islam,
lambang apa yang digunakan? Seolah-olah diagungkan lambang itu. Jika kita lihat
sekarang, di kebanyakan masjid mempunyai lambang ini. Lambang ini sebenarnya
adalah dari Yahudi dan Nasrani dalam usaha mereka untuk menyelewengkan akidah
umat Islam menyembah Allah yang satu.


Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman
kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.

**Yusuf 106**

Katakanlah (wahai Muhammad): 'Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku,
menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan
bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan
perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah
dengan sesuatu yang lain.

***Yusuf 108***

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu
(wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong
itu). Katakanlah (kepada mereka): 'Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah
petunjuk yang benar'. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa
nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu
(tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang 
dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

**Al-Baqarah 120**

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang
(Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan
kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.

**Al-Imran 100**

Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat
mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul
dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Islam).

**Al-Baqarah 109**

Sambungan Di Bahagian II

Satu KebEtulan..ATAU...DisengajaKan


 bentuk seperti mata....



Tanda ' t ' salib...masya-allah



....MATA....


Memang Aku sayang sangat kat malaysia nie...sebab tanah tumpah nya darah ku..
Namun cuba lihat dan teliti semula...adakah ini satu kebetulan
ATAU

***********

Disengajakan..benda ini bukan boleh dibuat main-main macam LEGO, tapi ini adalah soal akidah umat ISLAM itu sendiri..jika ada yang menyakkalnya....maka tunjukilah daku kebenarannya...
Jika membantah sama...jangan takut dan gentar kerna ALLAH sentiasa dengan 
insan yang memperjuangkan ajaran AGAMA-NYA

Ahlus Sunnah Wal Jamaah......

Golongan Ahlus Sunnah terdiri dari dua kelompok, iaitu para pengikut Abul Hasan al-Asya'ari dan al-Maturidiyah, iaitu para pengikut Abu Mansur al-Maturidi. 


Golongan ini muncul ketika khalifah al-Mutawakil mengangkat/tidak melakukan ujian terhadap ahli fikah dan orang-orang Islam serta menjauhkan diri dari Muktazilah. Dan aliran pemikiran Muktazilah telah kehilangan kendali akibat hilang kepercayaan umum terhadap mereka. 



Keraguan-keraguan (penyelewengan) yang telah ditulis oleh golongan Muktazilah dalam jangka waktu yang begitu panjang telah terbongkar. Allah Taala telah melimpahkan kepada dua orang imam agung untuk mempertahankan Islam, mereka ialah Abul Hasan al-Asy'ari di Irak dan Abu Mansur al-Maturidi di negeri di balik sungai. 



Kedua imam ini telah memimpin gerakan pemikiran dengan kepimpinan yang seimbang dan bijaksana, tanpa sikap melampau dan ekstrem terhadap akal sebagaimana Muktazilah, dan tidak terlalu bersikap beku terhadap nas (al-Quran dan Hadis) sebagaimana ahli fikah dan ahli hadis. 



Jalan yang dilalui oleh Ahlus Sunnah di dalam memahami akidah ialah sebagaimana yang telah dilalui oleh salafus soleh. Mereka menjadikan al-Quran sebagai sumber untuk mengetahui masalah akidah. Mereka memahami akidah mereka dari ayat-ayat al-Quran, dan ayat-ayat yang mengandungi kesamaran (mutasyabihah) akan cuba difahami menggunakan pendekatan bahasa serta tidak diingkari oleh akal fikiran. Jika mereka tidak dapat memahaminya, mereka akan menghentikan dari membuat penafsiran (tawaqquf). 



Secara umumnya, Ahlus Sunnah telah melalui jalan tengah yang menghimpunkan antara akal dan naqal (nas). Tidak terdapat perbezaan antara asas mazhab mereka dengan asas ajaran yang dibawa oleh salafus soleh, para ahli fikah dan ahli hadis. 



Golongan Ahlus Sunnah ini muncul pada akhir kurun ketiga Hijrah dan awal kurun keempat Hijrah sebagai mendokong ahli fikah dan ahli hadis. Mereka telah mendokong nya secara khusus dan secara umum, dan bangkit menentang golongan Muktazilah, kemudian mengambil alih tempat mereka untuk mempertahankan Islam. 



Pemimpin golongan al-Maturidiah ialah Abu Mansur al-Maturidi yang dilahirkan di kampung Maturid di Samarqand. Beliau begitu ikhlas mengembangkan ilmu-ilmu agama, sehingga lahirlah satu mazhab di dalam ilmu Kalam yang diikuti oleh penduduk Khurasan. Beliau meninggal dunia pada tahun 332 Hijrah. 



Pemimpin Asya'irah pula ialah Abul Hasan al-As'ari yang dilahirkan di Basrah pada tahun 260 Hijrah. Pada asalnya beliau adalah penganut fahaman Muktazilah, kemudian mengasingkan diri dari orang ramai untuk mencari kebenaran. Sehingga pada suatu hari beliau muncul di hadapan masyarakat dengan hasil karangannya yang membantu Ahlus Sunnah serta menolak Muktazilah. Ajarannya ini telah diikuti oleh para ahli fikah dan ahli hadis. Beliau telah diangkat sebagai imam mereka. Beliau meninggal dunia di sekitar tahun 330 Hijrah. 



Tidak terdapat perbezaan antara ajaran Asya'irah dan 
Maturidiah kecuali di 
dalam beberapa perkara kecil.
 Seperti masalah: 
- Makrifat, apakah dengan akal atau dengan syarak. 
- Pemahaman antara iman dan Islam. 
- Makna qadha' dan qadar. 
- Makna kasb (usaha). 
- Wajib siksa secara syarak. 
- Dan lain-lain lagi perselisihan yang biasa berlaku di kalangan ahli di dalam satu-satu mazhab, namun ia tidak membawa kepada jurang yang ketara. 


Asas-asas mazhab Ahlus Sunnah 

Berikut ini adalah antara asas-asas mazhab ini:
1 . Mengenal Allah adalah secara syarak.
2 . Alam ini adalah baru.
3 . Iman ialah pembenaran (tasdiq), dan amalan adalah penyempurna iman.
4 . Menetapkan (tidak menafikan) sifat-sifat ma'ani Allah.
5 . Al-Quran adalah qadim (bersifat qidam/tidak berpermulaan/bukan makhluk).
6 . Tidak kewajiban ke atas Allah.
7 . Harus bagi hak Allah Taala memberi pahala dan menyiksa (dosa), dan mengutus para rasul. Haru juga melihat Allah Taala.
8 . Allah mengkehendaki kebaikan dan kejahatan.
9 . Qadha' dan Qadar pada perbuatan-perbuatan hamba yang berbentuk ikhtiar.
10 . Allah yang menciptakan perbuatan hamba yang berbentuk ikhtiar.
11 . Tiada siapa yang maksum kecuali para nabi.
12 . Menetapkan adanya soal kubur, nikmat dan siksaannya.
13 . Kebangkitan adalah dengan jasad dan ruh.
14 . Ada syafaat untuk pembuat dosa besar.
15 . Syurga dan neraka itu wujud. Keduanya kekal.
16 . Keimaman agung bukanlah dari rukun agama.


Syiah....

Syiah adalah selompok Islam yang paling tua. Pada asalnya mereka adalah golongan yang berpendapat keutamaan kaum keluarga Nabi s.a.w. (ahlul bait) terhadap jawatan khalifah. Dan ahlul bait yang paling berhak ialah Ali bin Abi Talib r.a. 


Mazhab mereka ini zahir pada akhir zaman pemerintahan Usman bin Affan r.a. I berkembang dan tersebar pada zaman pemerintahan Ali r.a. Di mana, apabila Ali r.a. menduduki tempat yang tertinggi (memerintah) golongan Syiah mengambil kesempatan untuk menyebarluaskan ajaran mereka di kalangan manusia. 



Apabila tiba pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah telah berlaku kezaliman ke atas penyokong-penyokong Ali. Umat Islam pula melihat bagaimana Ali dan anak-anaknya terkorban sebagai syuhada' dari kezaliman yang berlaku. Faktor kezaliman ini menyebabkan mazhab Syiah semakin tersebar dan mempunyai ramai penyokong. 



Asas-asas mazhab Syiah 


Berikut ini adalah sebahagian dari asas-asas mazhab Syiah: 


1 . Imamah (pemerintahan) bukan sebahagian dari mashlahat `amah yang perlu diserahkan kepada umat untuk dirundingkan (mesyuarat). Malahan, ia dianggap sebagai rukun dan teras kepada Islam. Nabi tidak boleh melupakan atau melalaikannya. Sebaliknya baginda wajib melantik imam untuk umat ini, dan imam yang dilantik itu adalah maksum (terpelihara) dari dosa besar dan kecil. 

2 . Rasulullah s.a.w. telah melantik Ali r.a. sebagai khalifah dengan nash yang dinukilkan dan ditakwilkan oleh golongan Syiah dengan nukilan yang tidak pernah diketahui bahawa ia adalah nukilan syariat dan ahli hadis.??? 

Dari sinilah munculnya pemikiran wasiat dan menggelar Ali dengan gelaran al-washi. Ia bermaksud bahawa Ali itu adalah imam dengan nash bukan dengan pilihan ataupun syura. Dan Ali kemudian berwasiat pula kepada keturunan selepasnya. Begitulah seterusnya para imam Syiah adalah penerima wasiat dari imam sebelumnya. 

3 . Ali r.a. merupakan makhluk yang paling afdal di dunia dan akhirat selepas Rasulullah s.a.w. Oleh itu, barangsiapa yang memusuhi Ali atau memeranginya, maka dia adalah musuh Allah melainkan jika dia sempat bertaubat sebelum kematiannya dan mati dalam keadaan mencintai Ali. 

4 . Syiah ini tidak wujud dalam satu kedudukan sahaja, malahan terdapat di kalangan mereka yang melampau dan taksub. 
Golongan sederhana dari kalangan Syiah berpendapat keutamaan/keafdalan Ali berbanding dengan para sahabat lainnya tanpa mengkafirkan atau menfasikkan sesiapapun. Mereka mengiktiraf kesahihan imam yang kurang utama disamping wujud imam yang lebih utama. Mereka mengatakan bahawa, tidak ada beza di antara Nabi s.a.w. dan Ali r.a. kecuali martabat kenabian sahaja. Selain dari martabat itu, mereka memberikan kepada Ali r.a. segala sifat yang ada pada Rasulullah s.a.w. 


Golongan yang ekstrem dan melampau pula, tidak memadai dengan hanya mengatakan keutamaan Ali di atas khulafa'ur Rasyidin dan kemaksumannya, malahan mereka mengangkat Ali hingga ke martabat kenabian. Sebahagian dari mereka ada yang mempertuhankan Ali. Terdapat juga yang mendakwa bahawa Allah Taala bersatu di dalam diri Ali (hulul). Ada sebahagiannya yang berkata bahawa setiap ruh imam diresapi dengan sifat-sifat ketuhanan (uluhiyah) yang dapat berpindah kepada imam-imam berikutnya.


Monday 4 April 2011

Sesungguhnya Muhammad adalah Pesuruh ALLAH....


Saksikan NUR MUHAMMAD SAW yang menerangkan lagi lampu yang sudah sedia terang mengambarkan kekuasaan ALLAH SWT

Video ini menunjukkan kita betapa mukjizatnya Rasullullah...yakni nabi akhir zaman.
Cahayanya tetap bersinar walaupun baginda Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan kita umat akhir zaman ini hampir 14oo tahun dahulu...
Walaupun baginda telah tiada namun

Keimanan kita terhadap kewujudannya masih kukuh dan tak boleh dipertikaikan lagi...
Wallahu A'lam